Tuesday, June 16, 2009

Port Dickson lagiiii.





Posing di jeti.







Sunset.



Family........:D



Journey to Port Dickson.



Port Dickson. Satu tempat pelancongan yang menarik. Pasirnya yang putih. Lautnya yang biru. haha. Nak bermadah pulak. haha. Trip ke PD ini akan menambah koleksi episode journey aku dalam travelling ke merata tempat. Kali ini agak unik kerana ini first time aku berbasikal dari rumah ke PD. haha. kerja gila? tidakkkk. ini kira dekat la ni. sepupu aku yang cakap. haha. persiapan dibuat. Agak lama jugak. dlm seminggu sebelum hari bertolak. Bersedia dengan basikal dan pastikan ia berada dalam keadaan baik dan sempurna. Takut nanti kena tolak basikal sampai PD plak nanti. Naya wehh. Lagipun aku berbasikal beramai2. dengan saudara mara aku jugak. Dalam 11 org berkayuh ke PD termasuk aku. Family aku suka berbasikal. Sampai travelling pun dengan basikal. (jimat duit minyak kan?) hari jumaat 12 JUN 2009 pada pukul 7.00 kayuhan bermula. Basikal penoh dengan beg2 travelling. haha. Berat dengan baju, kain pelikat, selipar, brg2 basikal dan FIRST AID.





Sampai di sempadan N.sembilan/Selangor.




Rehat di Bukit Pelandok




3 rider otai. (kiri sekali ayah aku.)

Dalam perjalanan ke PD kitorang byk berhenti. Penat la katakan. haha. Naik turun bukit. Sape tak penat. Minum air banyak sampai tak cukup air. 100 PLUS lagi. Mamak dengan megi goreng hampeh. haha.



Rehat minum air. (aku : kiri sekali)
PANAS. :D



Abg eli kayuh bawah sinaran terik matahari.


Kitorang sampai di pekan PD pukul 11.30 a.m. Pekena mamak sebelah pejabat POS. Pastu menuju ke Teluk Kemang dalam keadaan panas dan membakar kulit. Resultnya: Kulit menjadi gelap. haha. tepat 12.15 p.m. aku dan sepupu aku, afdal sampai di Teluk Kemang. Kitorang sampai dulu sebab layan je kayuh tak sedar orang kat belakang dah tertinggal jauh. Lepas diorang sampai, kami berehat untuk solat jumaat.



baru sampai.

Pukul 2.15 bertolak ke tempat penginapan. tak sabar aku nak baring. haha. Penat. Sampai terus ke banglo tak tahan tengok swimming pool. apa lagi. terjun laa. budak2 kecikpon join sekali. nyibok je. haha.


Tuesday, June 9, 2009

saya orang baru dalam alam maya.

Melihat ramai kawan sudah mempunyai blog aku pun nak jugak kan. Biasa lah mesti ada yg meracun aku nak wat blog ni. haha. Lagi pun buat blog ni boleh mengisi masa lapang kat rumah daripada korek idong dan menjadi kutu rayau.
haha.