Monday, July 19, 2010

KEMBALI !



setelah lama tidak menulis blog, aku menekan butang2 keyboard untuk mebuat entri kali ini.

SEMESTER 3 !

wah. pantas masa berlalu bermakna tahun kedua dalam mengejar ijazah. dalam perjalan semester 2 ke 3 byk pengalaman yang ditimpa. maklumlah c
uti agak panjang dan membosankan. Antaranya :

- kem PERHUTANAN
- BERKEBUN

- kamera DSLR
- minggu perkasa putra 2010/2011 (orientasi UPM)

KEM perhutanan

semua kem sama je modul dia. membentuk jati diri. 2 minggu. survival. kelaparan. ketahanan mental fizikal. pergghhh. memang kental aktiviti dia. kalau mental tak kuat memang tak tahan. tapi outpu yg dapat sungguh tak ternilai. maka di kem ini lahirlah nama 'kerinting'



berkebun
biasa laa tolong parents time cuti. memandangkan aku bercuti, masa digunakan menolong parents berkebun. menebas, membaja, melastik ( balasan kepada kera yang memakan buah rambutan )

DSLR
akhirnya impian aku untuk memegang DSLR tercapai. bukan mengikut trend atau sesiapa, atas dasar minat fotografi yang telah membuak-buak sejak 2006. lama sial. sejak D70 keluar. dari 6.1 MP hingga 18.0 MP sekarang. aku dihadiahkan oleh ayah aku sebuah kamera nikon D60. yelah, sebelum ini hanya meminjam. ayah, sepupu menjadi mangsa. haha. sekarang aku sudah memiliki kamera sendiri. kenangan manis dapat ditangkap dan dibuat kenangan. begitu juga panorama indah tidak ketinggalan.

MPP UPM
kemasukan pelajar baharu ke UPM. teringat tahun lepas aku membawa beg besar mendaftar di UPM. ' wah gila UPM' dalam hati berteriak. sekarang, hanya sekecil tapak tangan. haha. aku menjadi 'pembantu' kepada pembantu universiti iaitu menolong aktiviti orientasi pelajar baharu. yaaa. orientasi amat membosankan dan memenatkan tapi tersangatlah menyeronokkan pabila itu semua hilang pabila kerja bersama rakan-rakan yang tidak henti memeriahkan tiap saat berlalu. sungguh MANIS !