Thursday, December 17, 2009

selamat menyambut awal muharam.

lama aku tak update blog.

broadband makin slowwww. :D

lagu ini mengingatkan aku.

antara favourite band aku : couple.

Pergi
Jangan kembali
Sampai sini saja
Kita berdua

Aku tak mampu lagi
Jadi sang penyeksa
Yang juga diseksa

Sampai nanti bertemu lagi
Tak usah diingat kembali
Menambahkan derita hati
Pergi…


PERGI by COUPLE.

Sunday, September 27, 2009

Special

Istimewa

artis: indigo

Tiada puisi atau lagu
Tiada potret tiada ragu
Yang dapat ku ilham seindahmu
Nyata kau satu dalam berjuta
Wahai jelita kau istimewa

Walau ku kembara sedunia
Walau ketemu ramai wanita
Nyata kau tiada tandingannya
Seikhlas hati aku menyinta
Kau istimewa, teristimewa

Daku berikrar
Wahai maharaniku
Bina mahligai syahdu
Hanya engkau dan aku di situ

Tiada mimpi atau fantasi
Tiada rasa lebih berseri
Semekar murni hatimu sayang
Siang dan malam, aku terbayang
Kau istimewa, buat ku tenang

Daku berikrar
Wahai maharaniku
Bina mahligai syahdu
Hanya engkau dan aku di situ

Ingin ku bawa kau ke awana
Ingin memadu kasih asmara
Sepanjang hayatku curah cinta
Sebenar-benar ucapan kata
Kau istimewa oh! Percayalah
Ku perlu cinta dari wanitaku nan istimewa
Beriku cintamu nan istimewa
_______________________________

Jika seseorang saling menyukai antara satu sama lain, perasaan di luahkan. tercipta satu hubungan erat di antara satu sama lain dan ketika itulah muncul nya CINTA.

SAYA SAYANG PELANGI. :D

Monday, August 24, 2009

komuter.

Komuter ialah satu kemudahan yang disediakan oleh KTMB. rama org menggunakannya untuk bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain. aku juga tidak terkecuali daripada menggunakan perkhidmatan ini untuk ke bandar dan pulang ke rumah. biasa laa, hujung minggu mesti padat seprti tin sardin.berhimpit2 dan aroma yang pelbagai. haha. sampai di hentian seputeh. ada mamat ni nak masuk tapi kat org kat area pintu tak nak masuk ke dalam. orang malaysia cakap bau nak buat kan? mamat tu tak sabar2 tiba jerit. ' what the f***'
orang semua tercengang. ada yang terkejut. tidak lama kemudian, ada sorang mamat menjerit dgn nada tidak puas hati. ' woi, tak puas hati one on one kat luar laa. takde t**** ke? kalau takde bg mkn a***** laa' senario seperti tidak sepatuunya berlaku di negara kita. berkelakuan sperti tidak ada adab kerana da la ada org tua kat dalam train tu budak2 kecik dan tak silap aku ada ustaz lagi. hurm. apa agaknya sudah jadi dengan tamadun dan kelakuan manusia pada moden ini.

Monday, August 17, 2009

pada suatu masa.

tajuk agak biasa kedengaran semasa berada di sekolah rendah. ya, cikgu mengajar kita untuk memulakan cerita atau karangan dengan cara sebegitu. haha. nak cerita sikit. pada minggu ini aku agak sibuk dan tertekan seperti mana mid term exam sudah bermula. kepala semakin kusot dan serabot. bilik yg agak bersepah kerana tidak mas untuk masa untuk mengemas. macam sarang tikus. pada hari ahad ada dua exam : kenegaraaan malaysia and tamadun islam dan asia. alaaa.
macam subjek sejarah sekolah jugak. cuma ulang balik je. tapi pada exam berikutnya pada hari selasa terjadi satu kejadian yang agak mencemaskan. pada malam sebelumnya aku tido lambat. esok exam tapi tido lambat. akibatnya, biasalaa takkan bangun awal kott. exam kul 8 aku bangun 8.20. kawan aku kejutkan aku. ' woi, bangun ada exam wehh' aku terus terjaga dan jerit 'siaalllll, dah lambat' so, rushing mandi yang penting sabun dan gosok gigi. pastu naik bas terfikir, lecturer mesti halau datang lambat ni da la exam. adooooiii. serabot aku dibuatnya. sampai2 fakulti jumpa member yg da amek exam. pastu dia ckp jumpa kak finie (penolong lecturer). kitorg jumpa pastu buat exam. 'nasib baik prof takde kalau takkk mesti tak dapat buat.' ungkap kak finie. cerita detik2 cemas aku terkejar2 akibat bangun lambat ke exam. jadikan pengajaran. :D

Friday, August 7, 2009

travelling -Terengganu darul Iman

Tatkala mendengar lagu saleem. ' na na na na na tganu kite'. wah, terbayang suasana di terengganu. lautnya yang biru. angin sepoi2 bahasa. best in the world. hahaha. ceritanya bermula pabila abah dengan secara spontan, 'jom kemas barang. kita gi terengganu'. aku menjerit ' hah???!!'. biar betul abah ni. last minit nak gi berjalan. tapi best jugak. dapat menambah destinasi dalam buku travelling aku. :D haha. nasib baik bajet ada. aku bertolak dari KL kul 2 p.m. sampai di kemaman kul 8.30 p.m. byk stop kat R&R. abah nk rest. abah nk suruh aku bawak kereta tapi aku pun tido skali. haha.Terengganu, biasalaa dengan hasil laut yang fresh. dengan otak2 yang enak dan satar yang lazat. sedap wehhhh. membuatkan aku terlupa pantang sebentar. aku tibai 20 otak2 dgn 5 satar. laparr sgt. haha. then aku overnite kat kerteh. pagi2 gerak gi kuala terengganu. plan asal abah nak gi pulau kapas tapi rasa malas nk naik bot plakk. aduyai. aku terfikir dalam kereta, semakin hari semakin ramai yang terkorban dek selesema BABI. risau jugakk aku. Time cuti selesema BABI aku boleh travel ke sana ke mari. huhu. sampai di kuala terengganu kul 10.30 a.m. dan dpt check in di seberang takek kul 11.30 a.m. kul 4.30 p.m kua gi pasar payang. best dapat tgk kegiatan meniaga orang terengganu.



abah pening melihat kain-kain di pasar payang. abah cari mak yang
dah hilang :D



keadaan pasar payang.






buah duku. 2 kilo RM 2.



pak cik menunggu pelanggan.




salah satu cara bersiar-siar keliling bandar kuala terengganu.

setelah puas di pasar payang, aku pergi masjid kristal. view agak menarik sebab hari nk senja.
aku mmg suka amek gamba sunset.



masjid kristal.
lagi . .






orang ramai.



amaran.



abah seorang professor. :D

keesokan harinya aku ke perkampungan keropok lekor. nama tempat tu losong pe tah. aku tak ingat.





Wednesday, August 5, 2009

si dia.

si dia.
seperti tajuk lagu Julies goes Overseas.
si dia. bagaimana aku nak ceritakan? mungkin aku sudah jatuh kepada si dia. tetapi aku belum bersedia untuk melakukan komitmen terhadap sesuatu hubungan. mungkin aku hendak menumpukan kepada pelajaran. namun, satu hari nanti akan aku ekspresikan perasaan aku kepada si dia.

si dia. .

Universiti Putra Malaysia



oh. sudah lama tidak mengemaskinikan blog aku nih. pelbagai kejadian telah berlaku. pelbagai wabak penyakit telah tersebar. selesema babi. tidak ketinggalan aku juga mengalami demam,selesema,batuk. mujur tiada apa yang berlaku. itu semua berlaku di UPM. UPM satu nama agak besar di Malaysia. ingat masa blajar sekolah rendah dulu. 'menara gading tu apa?' menara gading tu unversiti. sejak itu kita diajar menanam cita2 untuk ke menara gading. sekarang aku menjadi mahasiswa di UPM pada 27 jun 2009. bermula detik2 aku melangkah ke universiti.

pertama, aku lepasan matrikulasi. biasa laa, matrik kecik je. masuk universiti, mak aii. besar siall.
takkan nak jalan kaki gi kuliah? maw sampai setengah jam. nasib baik ada bas. masa hari pendaftaran ada lak selesema BABI nyer screening. kena cek. ramai sial orang dari pelbagai latar belakang dan tempat. ada dari terengganu, kelantan, johor, sabah, sarawak. selesai mendaftar. masuk bilik pulak. aku rse bilik kat matriks lagi best. :D kat UPM ni bilik aku 2 org. then roomate baru aku pun sampai. aku ingatkan budak lepas STPM n matrix je daftar, rupanya ada jugak ex-diploma yg sambung degree. dapat la aku roomate yg tua 3 tahun dari aku.

ORIENTASI. ahhhhh. malas aku nk ber'ORIENTASI'. dengan cheers nye, baju formal, tido sekejap. haish pening kepala aku. nasib baik seminggu. time ni la nk kenal kawan2.

FAKULTI. fakulti aku fakulti PERHUTANAN. mmg agak tersorok. haha. di kelilingi dengan pokok hutan. Aku amek sains teknologi kayu. mmg best aktiviti kat fakulti ni. mmg best siall. :D

MAKANAN. makanan tiada masalah. terlampau byk pilihan. dari eastern sampai western. Marrybrown pun ada.

PTPTN. pinjaman yg diberikan kepada mahasiswa. terkejut aku diberi pinjaman 5 angka. nk byr balik cam ne? :|

KAWAN2. ada kawan2 kita takkan keseorangan. :D dapat la kenal2 ex-diploma. dapat korek pengalaman. kena la belajar dari yang berpengalaman dan jangan malu menuntut ilmu.

akan aku meneruskan perjuangan aku menuntut ilmu.


Tuesday, June 16, 2009

Port Dickson lagiiii.





Posing di jeti.







Sunset.



Family........:D



Journey to Port Dickson.



Port Dickson. Satu tempat pelancongan yang menarik. Pasirnya yang putih. Lautnya yang biru. haha. Nak bermadah pulak. haha. Trip ke PD ini akan menambah koleksi episode journey aku dalam travelling ke merata tempat. Kali ini agak unik kerana ini first time aku berbasikal dari rumah ke PD. haha. kerja gila? tidakkkk. ini kira dekat la ni. sepupu aku yang cakap. haha. persiapan dibuat. Agak lama jugak. dlm seminggu sebelum hari bertolak. Bersedia dengan basikal dan pastikan ia berada dalam keadaan baik dan sempurna. Takut nanti kena tolak basikal sampai PD plak nanti. Naya wehh. Lagipun aku berbasikal beramai2. dengan saudara mara aku jugak. Dalam 11 org berkayuh ke PD termasuk aku. Family aku suka berbasikal. Sampai travelling pun dengan basikal. (jimat duit minyak kan?) hari jumaat 12 JUN 2009 pada pukul 7.00 kayuhan bermula. Basikal penoh dengan beg2 travelling. haha. Berat dengan baju, kain pelikat, selipar, brg2 basikal dan FIRST AID.





Sampai di sempadan N.sembilan/Selangor.




Rehat di Bukit Pelandok




3 rider otai. (kiri sekali ayah aku.)

Dalam perjalanan ke PD kitorang byk berhenti. Penat la katakan. haha. Naik turun bukit. Sape tak penat. Minum air banyak sampai tak cukup air. 100 PLUS lagi. Mamak dengan megi goreng hampeh. haha.



Rehat minum air. (aku : kiri sekali)
PANAS. :D



Abg eli kayuh bawah sinaran terik matahari.


Kitorang sampai di pekan PD pukul 11.30 a.m. Pekena mamak sebelah pejabat POS. Pastu menuju ke Teluk Kemang dalam keadaan panas dan membakar kulit. Resultnya: Kulit menjadi gelap. haha. tepat 12.15 p.m. aku dan sepupu aku, afdal sampai di Teluk Kemang. Kitorang sampai dulu sebab layan je kayuh tak sedar orang kat belakang dah tertinggal jauh. Lepas diorang sampai, kami berehat untuk solat jumaat.



baru sampai.

Pukul 2.15 bertolak ke tempat penginapan. tak sabar aku nak baring. haha. Penat. Sampai terus ke banglo tak tahan tengok swimming pool. apa lagi. terjun laa. budak2 kecikpon join sekali. nyibok je. haha.


Tuesday, June 9, 2009

saya orang baru dalam alam maya.

Melihat ramai kawan sudah mempunyai blog aku pun nak jugak kan. Biasa lah mesti ada yg meracun aku nak wat blog ni. haha. Lagi pun buat blog ni boleh mengisi masa lapang kat rumah daripada korek idong dan menjadi kutu rayau.
haha.